Rancangan Pengajaran Harian :
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 4 Amanah
Tarikh : 14 November 2011
Masa : 8.00 pagi – 8.30 pagi (30 minit)
Bilangan murid : 25 orang
Bidang pelajaran : Nombor Bulat Hingga 100 000
Objektif pembelajaran : Membina nombor sehingga 1 000 00
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Aras2;
a) Menambah sebarang dua nombor hasil tambah tidak lebih daripada 100 000
b) Menambah sebarang tiga nombor hasil tambah tidak lebih daripada 100 00
Konsep/prinsip/hukum/teori : Penambahan nombor bulat sehingga 100 000
Bahan, peralatan dan bahan sumber : Kad Imbasan
Langkah berjaga-jaga : Berhati-hati semasa membuat penambahan yang tidak melebihi 100 000.
Pengetahuan sedia ada : Murid boleh menambah nombor bulat tidak melebihi 10 000
Aktiviti-aktiviti Pengajaran;
| Set Induksi | - Guru memulakan pengajaran dengan meminta beberapa murid maju ke hadapan. - Murid diminta menolak dan mengangkat almari yang dengan dimulakan seorang murid. - Disebabkan seorang murid tidak dapat mengangkat almari itu, guru meminta murid lain membantu agar almari itu dapat diangkat - Guru membuat perkaitan lakonan tadi dengan kemahiran baharu yang bakal diajar oleh guru. | |
| Pengenalan konsep | - Guru membuat penerangan dengan memaparkan beberapa soalan penambahan dua dan tiga nombor bulat. - Guru menunjukkan cara pengiraan penambahan dalam bentuk lazim melalui imbasan nombor-nombor bulat - Guru membuat soal jawab ringkas dengan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan kemahiran baru. - Guru memanggil secara rawak murid-murid untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan di hadapan. | |
| Aktiviti Berkumpulan | - Guru membentuk beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti kumpulan, iaitu memadankan soalan dan jawapan. - Guru mengedarkan soalan dalam bentuk cebisan kertas/kad yang dilipat-lipat kepada setiap kumpulan, di mana setiap kertas mempunyai soalannya tersendiri. Setiap kumpulan akan diberi satu minit sahaja dalam menjawab soalan yang dipaparkan di hadapan dan memadankan jawapan dengan menyambung antara soalan dan jawapan sehinggalah membentuk sesuatu objek. - Kumpulan yang pantas menyambung semua padanan dikira sebagai pemenang. | |
| Refleksi | - Lagu ; Satu ditambah satu sama dengan dua | |
| | | |