Selasa, 11 Oktober 2011

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI...

Sebelum itu, saya Zuanidi Bin Rodolfo yang merupakan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) ingin sekali mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kurnia-Nya maka lahirlah blog "Senangnya Maths". Blog ini membolehkan saya daripada tidak tahu kepada lebih mengetahui sedikit sebanyak tentang dunia ilmu IT dan penggunaan software yang sangat berguna untuk menghasilkan blog sebagai tatapan, renungan dan ilmu pengetahuan sedia ada telah diketahui oleh murid-murid Tahun 6. Blog ini memperlihatkan ilmu asas dalam mata pelajaran Matematik sangat diutamakan dalam penyampaian sub-sub kemahiran melalui mata pelajaran ini. Saya sangat bersyukur kerana dengan cara menghafal sifir yang mudah dan mengingati formula atau rumus bagi setiap kemahiran, membolehkan murid-murid dapat menggunakannya sebagai panduan dalam menjawab soalan-soalan ramalan yang disediakan sama ada di sekolah mahupun laman-laman web pendidikan. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat membantu murid-murid pada masa kini mencari jawapan yang dikehendaki dan sekaligus dapat menguasai ilmu Matematik dengan berkesan dan berjaya kelak.

Terima kasih... Selamat Mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan